Saturday, November 14, 2009

KickdeFella

kickdefella dah betul betul kena kick dari PMBK oleh menantu Pok Nik Aziz, siap kena bersumpah yg dia tak buat laporan kat SPRM, apa dah jadi pak sheih? siapa yg kena kick dan siapa pula yang dapat free kick?

Memang hebat kroni hamPAs kelantan, hingga orang yg pernah duduk atas riba nik ajis pun kena tendang, menantu yang baru kenal nik ajis pun boleh putar otak nik ajis.

Pak Sheih, saya ingat lagi mula mula zaman kita memperjuangkan sesuatu yang tak perlu kita bicara, zaman itu idealisma bukanlah satu harapan tapi satu perjuangan, dimana bermula era teknologi komunikasi, era siber dan era pemerintahan bapak mertua dan menantu di putrajaya, ingatkah lagi pak sheih pada masa itu? ingatkah pak sheih pada perjuangan ayah dan menantu yg kita benci? yg kita keji ?

Pada masa itu pak sheih telah memilih untuk bersama HamPAS, kerana mahukan perubahan, mahukan keadilan, saya terima segalanya kerana pak sheih antara idola saya dalam dunia siber, saya akui sedikit keciwa dengan tindakan pak sheih yang memilih untuk bersama HamPAS.

Tapi sekarang apa dah jadi " yang terpalit dah tercalit, baunya ada rupanya tiada"
Tolong akui pemerintahan Kelantan sekarang ada sama seperti dahulunya dibenci di Putrajaya zaman Pak Bedol dan anak menantu, sama sahaja.

dari kota baharu ke putrajaya
singgah sebentar di kuala lipis
kalu kita mahu berjaya
buang yg keruh ambil yg jernih.

salam kembali ke pangkal jalan buat pak Sheih
dari sangkut yg hena