Thursday, November 19, 2009

Budaya Tempek

Dah lama saya perhatikan budaya tempek yg diguna pakai orang orang yg tak perlu disebutkan namanya. Dari yang mendabik dada Dato temenggong khas, sang setia kerja termasuklah kononnya Laksamana berurusetia, semuanya kaki tempek.

apa yang saya maksudkan ialah, bila ada majlis atau seminar atau apa sahaja yang tidak ada kena mengena dan mereka pun bukanlah perserta, dan dengan muka yang tanpa segan silu datang untuk makan jamuan yang disediakan.. apakah kita ingat orang tidak mengenali kita? atau adakah kita rasa kita boleh berselindung di sebalik peserta majlis atau seminar sebagai orang halimunan?

Budaya tempek dalam umno bahagian taiping bukanlah baru, sudah dari zaman malek ceroi lagi. akan tetapi bila orang orang malek masih lagi menguasai umno bahagian sudah tentu lah budaya tempek yang memalukan itu tetap akan berulang.

persoalannya? tidak cukupkah elaun dan gaji yang diberi datuk ketua bahagian kepada Sang setia, dato temenggung khas dan laksamana berurus setia?

baring baring di tilam empuk
kain gebar diselimut raya
bukan nak mengata mengutuk
Kalau tak betul orang tak kata