Saturday, November 14, 2009

Gendang kembali dipalu

Seperti biasa, bila hampir habis waktu edah selama setahun, yg akan kembali tetap akan kembali, 23 January adalah tarikh yg aku tunggu, kali ini lebih hebat dari dulu.

saya akan kembali menulis blog seperti biasa menyentuh isu isu setempat Taiping Perak dan juga isu isu nasional.

Kepada para pemimpin UMNO tempatan, bersedialah dengan tenang hati, terbuku kini kritikan kritikan yang hanya mahu membina dan mahukan perubahan. Bukanlah membenci tapi ingin mengingati.

Soalan yang saya ingin lontarkan kepada UMNO Bahagian Taiping...

Pincangkah Ahlijawatankuasa UMNO Bahagian?
Berpuak puak kah AJK Bahagian?
Adakah pejabat UMNO Bahagian Taiping itu Pejabat UMNO atau Pejabat makbapak diorang sahaja?
Adakah perbezaan diantara pentadbiran UMNO sekarang dan UMNO dahulu semasa zaman Malek Hannafiah?
Kenapa pergi ke pejabat UMNO tak boleh Jadi ahli UMNO?
Adakah UMNO Bahagian Taiping Sekarang seperti satu kongsi gelap?
Projek Rumah PPRT Siapa kutip Komisyen?
Sifat tidak mesra rakyat amat ketara pada pekerja pekerja UMNO Bahagian Taiping benar atau tidak?

Kalau gendang sudah dipalu
jangan pula berlari lari
saya tulis bukan mengadu
cuma meluah rasa hati